5.0 UNSUR2 PENTING DIDALAM TORIQAT SUFIYYAH

1. Shaikh atau Imam atau dipanggil juga Mursyid yang memimpin Toriqat Sufiyyah.

Seorang Shaikh adalah seorang Mu’min yang telah mendapat limpahan hikmat Ilahiyyah serta mahir didalam ilmu keruhanian mendidik jiwa manusia. Dan beliau ini mestilah telah mendapat ijazah daripada Shaikhnya /Imam yang memimpinnya yang sambung menyambung sisilah perguruan ini sampai Rasulullah Sallallahu Alaihi WaSallam.

Untuk melihat syarat2 lengkap seorang Shaikh sila rujuk :

http://tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=694&start=0

2. Sistem pendidikan keruhanian yang tersusun dan lengkap.

Setiap amalan/wirid/zikir /latihan keruhanian mempunyai adab2, peraturan dan kaifiyyat (susunan cara mengerjakannya) tertentu yang mempunyai kesan yang sangat kuat kepada hati.

3. Zikrullah sebagai teras dan asas kepada didikan jiwa dan ruh.

Seluruh Ahli Ma’rifat /Shaikh Toriqat Sufiyyah bersepakat mengatakan unsur zikrullah adalah menjadi unsur terpenting didalam didikan hati, penyucian hati dan ruh sehingga ianya bercahaya dengan cahaya Rabbaniyyah, memperoleh Tauhid yang benar dan tahqiq serta melaksanakan ubudiyyah kepada Allah dengan dengan penuh keikhlasan.

Firman Allah :

اتْلُ مَا أُوْحِىَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَـبِ وَأَقِمِ الصَّلَوةَ إِنَّ الصَّلَوةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَآءِ وَالْمُنْكَرِ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ

”Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-quran dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.”

bersambung Insya Allah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *